Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh
Othman iaitu putera kepada Ertorghrul. Kemunculan kerajaan ini adalah setelah
berlakunya kejatuhan kerajaan Seljuk yang berlaku pada sekitar pertengahan
kurun ke-13. Kerajaan Uthmaniyyah berperanan menyatukan Anatolia dan
negara-negara di rantau Balkan di bawah satu pemerintahan yang menjadikannya
sebuah empayar Islam.
Pemerintahan ini dibahagikan kepada beberapa fasa :
- Peringkat awal penubuhan (1299-1453)
- Perkembangan dan pengukuhan ( 1453-1682)
- Perkembangan mendatar,kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683-1827)
- Kemerosotan dan kejatuhan ( 1828 - 1908) 5.Pembubaran pemerintahan ( 1908 - 1924 )
Kehebatan kerajaan Turki 'Uthmaniyyah
dinyatakan oleh ahli sejarah bermula dengan kejayaan penaklukan kota
Constatinople ( tahun 1453 ) sehinggalah zaman pemerintahan Sultan Sulaiman
al-Qunani yang meninggal dunia pada tahun 1566. Sepanjang zaman kegemilangan
itu , Turki dipimpin oleh sultan sultan yang baik iaitu :
- Sultan Muhammad II al - Fateh (1451- 1481)
- Sultan Beyazid II ( 1481 - 1512 )
- Sultan Salim I (1512- 1520)
- Sultan Sulaiman I al-Qanuni ( 1520 -1566 )
FAKTOR KECEMERLANGAN TURKI UTHMANIYYAH
Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan salah satu kerajaan Islam yang telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan ia merupakan sebuah kerajaan yang menyatukan umat Islam global. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah banyak menyumbang kepada dunia Islam dalam pelbagai aspek. Antaranya :
Aspek Perundangan
Suleiman I telah memperkenalkan Kanun
Suleiman untuk mempertahankan dan membela nyawa, harta, serta kehormatan
individu pelbagai bangsa dan agama.Selain itu, jawatan Kadi dan Mufti dijadikan
sebahagian daripada organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Jawatan
Sheikh-ul-Islam (ketua ulama’) telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa dan
fatwa-fatwa tersebut telah menjadi aspek penting dalam perundangan Islam masa
kini.
Aspek Pendidikan
Turki Uthmaniyah banyak memberi sumbangan
kepada Dunia Islam. Antaranya ialah perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan,
kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan. Sistem pendidikan seperti madrasah,
sekolah pengetahuan akedemik, sekolah tentera, maktab teknik, dan kolej
perubatan diwujudkan. Selain itu, sumbangan lain adalah dalam bidang penulisan
ensiklopedia. Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital, dan rumah.
Seni Bina
Kerajaan Turki Uthmaniyah juga banyak
menyumbangkan kemajuan dalam bidang seni bina Islam terutamanya dalam seni bina
masjid. Antara tokoh seni bina yang terkenal adalah Mimar Sinan.Beliau
sememangnya terkenal dengan hasil beliau yang paling terkenal iaitu Masjid Biru
ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed yang terletak di Istanbul.
FAKTOR KEJATUHAN TURKI UTHMANIYYAH
Kelemahan Kepimpinan
Kelemahan Ketenteraan
Pengenalan Undang-undang Barat
Kelemahan Kepimpinan
Bermula kurun ke 17 M, Sultan-sultan yang menaiki takhta mempunyai keperibadian yang lemah dan hanya mementingkan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu.Selepas kematian Sultan Sulaimen 1, tahun 1566, ramai sultan tidak sekuat sultan-sultan terdahulu.Antaranya ialah Sultan Mustafa I (1617 M),Uthman II (1617-1621 M), Murad IV (1622-1640) dan sebagainya. Contohnya Sultan Uthman ke II, telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun. Baginda hanyalah boneka dan kuasa pemerintah terletak di tangan golongan elit Turki. Sultan hanya menurut kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Sepanjang pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian Perdana Menteri telah berlaku sebanyak tujuh kali.Selain itu, kelemahan juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V. Beliau telah dinaikkan oleh golongan Freemason (sebuah pertubuhan Yahudi) dan hanya sempat memerintah selama 93 hari kerana penyakit gila akibat terlalu takut.Beliau takut melihat kematian sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh.Selain itu beliau adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan tidak berwibawa.Seringkali berlaku perebutan kuasa antara keluarga diraja menyebabkan politik menjadi tidak stabil dan berada dalam ketegangan.
Kelemahan Ketenteraan
Disiplin ketenteraan mulai longgar apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal didalam kem dan bergaul dengan masyarakat, seperti dibenarkan berkahwin membuat kerja sampingan tertutama berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti minum arak, rasuah dan sebagainya.Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dalam kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadaptanggungjawab luaran mereka dan seringkali kekurangan latihan ketenteraan.Selain itu, pasukan khas ini sering memberontak terhadap sultan.
Pengenalan Undang-undang Barat
Malahan, pengenalan undang-undang Barat juga telah dibawa masuk ke Turki yang telah mengetepikan undang-undang Islam yang diguna pakai selama ini. Pada tahun 1869 Menteri kehakiman Turki Uthmaniyah telah menubuhkan mahkamah sekular yang menghadkan bidang kuasa mahkamah Syariah. Hal ini merupakan petanda masyarakat mula lebih memandang dunia dan mengetepikan undang-undang Islam yang mendorong kejatuhan Kerajaan Islam tersebut.
Masjid Biru Turki Uthmaniyyah
No comments:
Post a Comment