Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah
- Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah (‘Arab: نيدساّبعل al-Abbāsidīn) ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
- Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.
- Golongan ‘Abbasiyah merupakan sebahagian daripada Bani Hashim (Al-Hashimiyah) kerana merupakan keturunan Al-‘Abbas bin ‘Abdul Mutalib bin Hashim, salah seorang bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W.
Pengenalan Kepada Bermulanya Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah
- Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah telah ditubuhkan apabila Abu al-‘Abbas ‘Abdullah bin Muhammad al-‘Abbasi atau lebih dikenali sebagai al-Saffah dilantik oleh penduduk Kufah sebagai Khalifah negara Islam.
- Penubuhannya dianggap sebagai suatu kemenangan iaitu selepas kejayaan menewaskan Khalifah Bani Ummaiyah yang terakhir iaitu Khalifah Marwan bin al-Hakam II bin Muhammad pada tahun 132 H.
- Kemenangan ini juga adalah kemenangan dalam merealisasikan idea yang dianjurkan oleh kalangan Bani Hasyim selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w agar jawatan khalifah diserahkan kepada keluarga Rasululah dan sanak sudaranya.
- Kerajaan ini berterusan dalam jangka masa yang agak panjang iaitu kira-kira 500 tahun. Kerajaan Abbasiyyah telah diterajui oleh 37 orangg khalifah yang kesemuanya daripada keturunan bapa saudara kepada Nabi iaitu al-‘Abbas bin ‘Abd Mutalib.
- Pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah bermula pada tahun 132 H / 749 M seiring dengan runtuhnya pemerintahan Bani Ummaiyah.
ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ‘ABBASIYYAH
Kerajaan ‘Abbasiyyah mula mencapai tahap kegemilangannya ketika zaman pemerintahan khalifah Harun bin Muhammad bin ‘Abdullah (al-Rasyid), yang bermula sekitar tahun 170 hingga 193 H bersamaan 786 hingga 808 M. Antara faktor kegemilangannya ialah:
1. Penterjemahan Ilmu Pengetahuan Secara Meluas
- Oleh kerana tidak memiliki buku ilmiah yang lengkap, maka buku-buku dari bahasa asing diterjemahkan secara besar-besaran ke dalam bahasa Arab.
- Kerja-kerja penterjemahan ini adalah penting dan dianggap sebagai sumber pemikiran Islam di samping al-Quran dan Hadis.
- Untuk tujuan itu, mereka terlebih dahulu perlu mempelajari bahasa-bahasa asing sehingga lahirlah pera cerdik pandai yang mampu menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Parsi, Yunani, Hindu dan lain-lain.
- Jabir bin Hayyan yang terkenal dalam kalingan masyarakat Eropah adalah salah seorang penterjemah Islam yang cekap dan bijak. Dia juga merupakan seorang ahli sains dan sasterawan terbilang di era kerajaan ‘Abbasiyyah.
- Aktiviti penterjemahan sampai ke kemuncaknya di era pemerintahan khalifah ‘Abdullah bin Harun bin Muhammad (al-Ma’mun).
- Ketika ini ditubuhkan sebuah akademi khas di Baghdad yang bertanggang jawab untuk tugas-tugas menterjemah buku-buku penting dari pelbagai bahasa ke bahasa Arab.
- Akademi ini diketuai oelh Yahya bin Masaweh, juga seorang yang bertanggang jawab menterjemah banyak buku perubatan untuk khalifah Harun al-Rashid.
2. Kemajuan dalam Bidang Astronomi
- Khalifah al-Ma’mun telah membina pusat penyelidikan dalam bidang astronomi yang dilengkapi dengan peralatan yang agak sempurna dan lengkap di Baghdad.
- Tujuannya ialah untuk mengetahui pergerakkan bintang dilangit agar mereka dapat mengetahui musim dan pergerakan angin. Ini berbeza dengan ahli astronomi sebelum kedatangan Islam yang menggunakan ilmu astronomi untuk menilik nasib manusia.
FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI ‘ABBASIYYAH
- Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah yang diasaskan oleh Abu ‘Abbas as-Saffah itu hanya sempat bertahan selama 508 tahun (5 kurun) iaitu pada tahun 750 hingga 1258 Masihi.
- Namun dalam tempoh 400 tahun yang terakhir, pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah hanya tinggal pada nama sahaja.
- Keagungan dan kehebatan sebelumnya gagal dikembalikan semula. Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah menjadi lemah dan terus merosot.
- Akhirnya kerajaan ‘Abbasiyyah tumbang pada tahun 1258 Masihi apabila digempur oleh tentera Hulagu Khan.
a) Kemerosotan Ekonomi
- Pada zaman awal pemerintahan Bani ‘Abbas, Kerajaan ‘Abbasiyyah merupakan sebuah kerajaan yang kaya. Dana yang masuk lebih besar dari yang keluar sehingga Bait al-Mal penuh dengan harta. Sumber pendapatan Kerajaan ‘Abbasiyyah adalah daripada hasil kutipan cukai wilayah dan pertanian.
- Setelah banyak negara melepaskan diri, jumlah bayaran pajakan daripada wilayah-wilayah semakin berkurangan.
- Bagi meningkatkan pendapatan, pemerintah mengarahkan tentera memungut cukai secara paksa.
- Menurut Jurji Zaidan, pendapatan Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah menurun kerana para pengutip cukai memonopoli hasil cukai.
- Pertanian pula terganggu kerana lumpur menimbus sistem pengairan. Ini berikutan Sungai Nahrawan mengalami kerosakan besar akibat perang dan salurannya yang tidak dibaiki.
- Kemerosotan ekonomi Kerajaan ‘Abbasiyyah juga adalah disebabkan oleh berlakunya rusuhan rakyat sehingga menyebabkan para pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad.
b) Munculnya Gerakan Pemberontakan
- Pada zaman al-Muthadi (869 Masihi), timbul pemberontakan daripada kaum Zanj di bawah pimpinan Ali bin Muhammad. Di Iraq, terdapat gerakan Syiah, Qaramitah yang di pimpin oleh Hamdan Qarmat pada tahun 874 Masihi. Gerakan ini berjuang untuk menjadikan wilayah mereka sebagai zon merdeka. Lanjutan daripada gerakan Qaramithah, timbul pula gerakan Hasyasyin di bawah pimpinan Hasan bin Sabbah.
- Mereka membunuh para pembesar negara yang menjadi musuh mereka seperti Perdana Menteri Kerajaan Bani Seljuk di Baghdad dan Nizamul Muluk. Sebelum berkuasa, Kerajaan Bani Buwaih juga melakukan pemberontakan ke atas pemerintahan Baghdad sehingga berjaya menguasainya.
- Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah jatuh ke tangan tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan. Menurut Jurji Zaidan, sebelum Hulagu menyerang Baghdad, kedudukan dalaman Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah sedang mengalami zaman kemunduran akibat berlakunya pertentangan hebat di antara kumpulan Syiah dan Sunni.
- Golongan istana pada ketika itu menganut kepercayaan Sunni, manakala penasihat atau wazir kerajaan pada ketika itu iaitu Umayiduddin al-Aqami pula adalah seorang penganut Syiah. Sebab terjadinya tentangan di antara Syiah dan Sunni disebabkan oleh tindakan Al-Daudar dan Abu Bakar, yang merupakan putera khalifah pada ketika itu bertindak menghancurkan daerah Karkh yang menjadi tempat tinggal orang-orang Syiah.
No comments:
Post a Comment