- Diasaskan oleh Muawiyah Bin Sufyan Bin Harb Bin Umaiyah
- Beliau dan keluarga memeluk islam ketika pembukaan Kota Mekah
- Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman Umar Bin Al-Khattab
- Beliau dipecat ketika Saidina Ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati
- Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim.
- Selepas Saidina Ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari Hassan Bin Ali, melalui beberapa syarat:
- Muawiyah mesti memerintahberdasarkan Al-Quran dan Sunnah
- Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi Muhammad
- Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat menerusi mesyuarat atau Majlis Syura
SUMBANGAN
• Ketenteraan
Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera parsi
Dibahagikan tentera kerajaan umaiyah kepada 5 pasukan:
1. Pasukan tengah ( Qalbu Al-Jaisyu )
2. Pasukan sayap kanan ( Al-Maimanah )
3. Pasukan sayap kiri (Al-Maisarah )
4. Pasukan hadapan ( Al-Muqaddimah )
5. Pasukan barisan belakang ( Saffah Al-Jaisyu )
- Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapkan dengan peralatan perang moden.
- Angkatan tentera juga terdiri daripada pasukan berkuda, pasukan berkenderaan dan pasukan jalan kaki.
- Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas
- Pasukan tentera laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta pengkalan tentera laut yang berpusat di Tanisa, Syria dan Iskandariah
- Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan
• Pendidikan
- Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan
- Khalifah abd. Malik bin Marwan dan umar bin abd. Aziz adalah juga tokoh ulamak dalam bidang al-quran, tafsir, hadis dan nahu
- Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu
- Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah
- Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, masalah ilmu sejarah dan geografi telah mula dipelajari
- Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini
• Ekonomi
- Bergantung kepada pertanian dan perdagangan
1. Membina saliran air
- Usaha kerajaan bagi meningkatkan ekonomi Negara dan rakyat:
2. Membina jalanraya
3. Membina pelabuhan
4. Mengemaskini pentadbiran rumah api
5. Menjalankan penyelidikan pertanian
6. Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun
7. Perusahaan kraftangan seperti kiswah ka’abah, sutera dll
8. Pentadbiran baitulmal dikemaskini bagi memantapkan kewangan Negara
Hasil Negara ketika itu terdiri daripada:-
1. Kharaj
2. Jizyah
3. Zakat
4. Usyur
5. Fai’e
6. Ghanimah
- Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
- Penguasaan ilmu pengetahuan
- Ekonomi yang stabil
- Kekuatan tentera
- Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat
- Semangat jihad yang tinggi
• Faktor kejatuhan kerajaan bani umaiyah
- Pemerintah yang mengabaikan ajaran islam
- Pemerintahan lalai dan tidak menjalankan tugas
- Semangat kabilah dan pilih kasih
- Rakyat tidak puas hati
- Gerakan abbasiyah
No comments:
Post a Comment