Home About

Thursday, 11 May 2017

Andalusia

Kerajaan Andalusia berlangsung selama 781 tahun bermula pada tahun 711-1492M.




Kedatangan Islam di Andalusia

Benua Afrika terutama Afrika Utara merupakan daerah yang penting dalam kedatangan Islam ke Andalusia dan juga penyebarannya ke Eropah. Para sejarawan bersepakat mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Andalusia adalah disebabkan oleh Tariq ibn Ziyad yang telah memimpin pasukan tentera untuk menyeberangi lautan Gibraltar menuju ke sempadan Iberia. Kemenangan tentera Tariq ibn Ziyad telah membuka ruang untuk pasukan Islam terus menguasai Andalusia dan dapat meneruskan penguasaan ke Cordova dan Toledo. Sejak dari itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik untuk mentadbir Andalusia.

Kecermelangan pemerintahan Islam di Andalusia 

Zaman kegemilangan Andalusia berlaku pada zaman Bani Umayyah. Kejayaan ini ketika pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil dan berterusan sehingga kira-kira 3 abad iaitu pada 756-1031M. Pemimpinnya Berjaya membentuk satu masyarakat yang dinamis dan harmonis dalam kepelbagaian latar belakang penduduknya. Pada zaman ini, pentadbiran diberi kuasa untuk mentadbir sendiri tanpa pengaruh dari anasir luar. Ini menyebabkan Andalusia muncul sebagai satu ketamadunan yang cukup membanggakan Timur dan Barat.
Antara sumbangan dalam pemerintahan Islam di Andalusia:
  • Masjid Cordova telah dibina dan berada di bawah penyeliaan pemerintahan Islam Andalusia Abdul Rahman I.
  •  Masyarakat diperkenalkan sistem pembelajaran yang komprehensif dalam semua bidang.
  • Pemerintah menaja pelajar-pelajar semua bidang ilmu yang boleh membina masyarakat.
  • Khalifah Abdul Rahman al-Ausat membina universiti dan memberi elaun kepada ulama-ulama.
  • Khalifah al-Hakam telah mendirikan perpustakaan dan membeli buku-buku rujukan.
  • Hampir seluruh Andalusia mempunyai pusat pengajian dan universiti antaranya di Seville, Toledo, Granada, Valencia dan Cordova yang muncul sebagai pusat intelektual yang terpenting di Eropah.
  • Khalifah memberi pengiktirafan kepada cedikiawan bukan Islam antaranya Moses bin Maimon dan Salomon bin Gabirol dari bangsa Yahudi (ahli falsafah dan penterjemah).


Kejatuhan pemerintahan Islam di Andalusia

  • Terdapat banyak faktor yang menyebakan kejatuhan Islam di Andalusia. Antaranya ialah:
  • Wujud sebuah kerajaan yang berpecah dan membentuk kepada banyak daerah dan terbentuk lebih daripada 20 kerajaan kecil.
  • Perselisihan dalam keluarga pemimpin yang berebut perwarisan takhta.
  • Usaha agresif Kristian untuk menakluk wilayah kaum Muslimin.
  • Ketiadaan sokongan dari pemerintah Islam di luar Andalusia.
  • Tiada mekanisme dalam mencari pengganti yang layak untuk meneruskan pemerintahan.
  • Tiada kesepakatan dalam mentadbir wilayah.




Kesannya, umat Islam dihina dan dihalau keluar dari Andalusia. Kaum Yahudi juga menerima nasib yang sama di mana tiada kuasa yang boleh melindungi mereka selepas kerajaan Islam menjadi lemah dan runtuh. Akhirnya, sebagai iktibar dari perkembangan sejarah Andalusia ini, selain perkembangan dalam industri dan pertanian ia jelas menunjukkan bahawa pemerintahan Islam telah mementingkan kemajuan intelektual dan keilmuan apabila banyaknya pusat keilmuan yang wujud pada zaman pemerintahannya. Jadi, untuk mewujudkan sebuah tamadun yang berjaya dan terus cemerlang, penguasaan ilmu pengetahuan amat penting kepada setiap masyarakat. Untuk mengekalkan sesuatu tamadun agar terus berkembang, kita perlu bijak dalam membuat keputusan dan bijak dalam memerintah pentadbiran dengan adil dan jujur.


No comments:

Post a Comment