Home About

Saturday, 20 May 2017

Pendahuluan


Pendahuluan

Zaman kegemilangan islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada Rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira’. Islam muncul di semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad S.A.W mendapat wahyu daripada Allah S.W.T. selepas wafatnya Rasulullah S.A.W kerajaan Islam berkembang sejauh lautan Atlantik di barat dan asia tengah di timur. Seiring dengan waktu, umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan Islam lain yang muncul. Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyah, kerajaan Abbasiyah, kerajaan Turki Uthmaniyah, Kerajaan Andalusia telah menjadi antara empayar terkuat dan terbesar di dunia. 

Objektif kajian

Antara objektif kajian adalah:
  • Untuk mengetahui faktor-faktor kegemilangan dan kemerosotan kerajaan islam.
  • Untuk mengetahui sumbangan kerajaan Islam dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, seni bina dan lain-lain.
  • Untuk mengkaji kehebatan sejarah setiap kerajaan Islam dalam tamadun Islam.



Metodologi

Antara kaedah yang digunakan ialah pengumpulan data daripada buku-buku ilmiah berkaitan tamadun dan kerajaan Islam iaitu Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia karya Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad serta buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) karya Mashitah Sulaiman dan Adibah Sulaiman. Selain itu, kami juga mendapatkan data dengan menggunakan laman web seperti Wikipedia, blog dan wordpress. Dalam penghasilan blog, kami merujuk tutorial yang terdapat di dalam blog-blog sedia ada. 


Thursday, 11 May 2017

Turki Uthmaniyyah

Kerajaan Turki Uthmaniyyah diasaskan oleh Othman iaitu putera kepada Ertorghrul. Kemunculan kerajaan ini adalah setelah berlakunya kejatuhan kerajaan Seljuk yang berlaku pada sekitar pertengahan kurun ke-13. Kerajaan Uthmaniyyah berperanan menyatukan Anatolia dan negara-negara di rantau Balkan di bawah satu pemerintahan yang menjadikannya sebuah empayar Islam.
Pemerintahan kerajaan Islam Uthmaniyyah bermula pada akhir abad ke-13 .

 peta Turki Uthmaniyyah


Pemerintahan ini dibahagikan kepada beberapa fasa :
  •  Peringkat awal penubuhan (1299-1453)    
  •  Perkembangan dan pengukuhan ( 1453-1682)     
  •  Perkembangan mendatar,kebangkitan nasionalisme dan cabaran pihak Barat (1683-1827)     
  • Kemerosotan dan kejatuhan ( 1828 - 1908)     5.Pembubaran pemerintahan ( 1908 - 1924 )

Kehebatan kerajaan Turki 'Uthmaniyyah dinyatakan oleh ahli sejarah bermula dengan kejayaan penaklukan kota Constatinople ( tahun 1453 ) sehinggalah zaman pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qunani yang meninggal dunia pada tahun 1566. Sepanjang zaman kegemilangan itu , Turki dipimpin oleh sultan sultan yang baik iaitu :


  •    Sultan Muhammad II al - Fateh (1451- 1481)
  •    Sultan Beyazid II ( 1481 - 1512 )
  •    Sultan Salim I (1512- 1520)
  •    Sultan Sulaiman I al-Qanuni ( 1520 -1566 )

FAKTOR KECEMERLANGAN TURKI UTHMANIYYAH

Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan salah satu kerajaan Islam yang telah berjaya membentuk sebuah empayar yang luas dan ia merupakan sebuah kerajaan yang menyatukan umat Islam global. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah banyak menyumbang kepada dunia Islam dalam pelbagai aspek. Antaranya :

Aspek Perundangan

Suleiman I telah memperkenalkan Kanun Suleiman untuk mempertahankan dan membela nyawa, harta, serta kehormatan individu pelbagai bangsa dan agama.Selain itu, jawatan Kadi dan Mufti dijadikan sebahagian daripada organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Jawatan Sheikh-ul-Islam (ketua ulama’) telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa dan fatwa-fatwa tersebut telah menjadi aspek penting dalam perundangan Islam masa kini.

Aspek Pendidikan

Turki Uthmaniyah banyak memberi sumbangan kepada Dunia Islam. Antaranya ialah perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan. Sistem pendidikan seperti madrasah, sekolah pengetahuan akedemik, sekolah tentera, maktab teknik, dan kolej perubatan diwujudkan. Selain itu, sumbangan lain adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia. Perpustakaan ditubuhkan di masjid, hospital, dan rumah.

Seni Bina

Kerajaan Turki Uthmaniyah juga banyak menyumbangkan kemajuan dalam bidang seni bina Islam terutamanya dalam seni bina masjid. Antara tokoh seni bina yang terkenal adalah Mimar Sinan.Beliau sememangnya terkenal dengan hasil beliau yang paling terkenal iaitu Masjid Biru ataupun lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmed yang terletak di Istanbul.

FAKTOR KEJATUHAN TURKI UTHMANIYYAH 

Kelemahan Kepimpinan


 Bermula kurun ke 17 M, Sultan-sultan yang menaiki takhta mempunyai keperibadian yang lemah dan hanya mementingkan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu.Selepas kematian Sultan Sulaimen 1, tahun 1566, ramai sultan tidak sekuat sultan-sultan terdahulu.Antaranya ialah Sultan Mustafa I (1617 M),Uthman II (1617-1621 M), Murad IV (1622-1640) dan sebagainya.  Contohnya Sultan Uthman ke  II,   telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun. Baginda hanyalah boneka dan kuasa pemerintah terletak di tangan golongan elit Turki. Sultan hanya menurut kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Sepanjang pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian Perdana Menteri telah berlaku sebanyak  tujuh kali.Selain itu, kelemahan juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V. Beliau telah dinaikkan oleh golongan Freemason (sebuah pertubuhan Yahudi) dan hanya sempat memerintah selama 93 hari kerana penyakit gila akibat terlalu takut.Beliau takut melihat kematian sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh.Selain itu beliau adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan tidak berwibawa.Seringkali berlaku perebutan kuasa antara keluarga diraja menyebabkan politik menjadi tidak stabil dan berada dalam ketegangan.

Kelemahan Ketenteraan


      Disiplin ketenteraan mulai longgar apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal didalam kem dan bergaul dengan masyarakat, seperti dibenarkan berkahwin membuat kerja sampingan tertutama berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti minum arak, rasuah dan sebagainya.Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dalam kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadaptanggungjawab luaran mereka dan seringkali kekurangan latihan ketenteraan.Selain itu, pasukan khas ini sering memberontak terhadap sultan.

Pengenalan Undang-undang Barat


    Malahan, pengenalan undang-undang Barat juga telah dibawa masuk ke Turki yang telah mengetepikan undang-undang Islam yang diguna pakai selama ini. Pada tahun 1869 Menteri  kehakiman Turki Uthmaniyah  telah menubuhkan mahkamah sekular yang menghadkan bidang kuasa mahkamah Syariah. Hal ini merupakan petanda masyarakat mula lebih memandang dunia dan mengetepikan undang-undang Islam yang mendorong kejatuhan  Kerajaan Islam tersebut.

 Masjid Biru Turki Uthmaniyyah



Bani 'Abbasiyyah



Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah

  • Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah (‘Arab: نيدساّبعل al-Abbāsidīn) ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
  •  Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.
  • Golongan ‘Abbasiyah merupakan sebahagian daripada Bani Hashim (Al-Hashimiyah) kerana merupakan keturunan Al-‘Abbas bin ‘Abdul Mutalib bin Hashim, salah seorang bapa saudara Nabi Muhammad S.A.W.

Pengenalan Kepada Bermulanya  Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah


  • Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah telah ditubuhkan apabila Abu al-‘Abbas ‘Abdullah bin Muhammad al-‘Abbasi atau lebih dikenali sebagai al-Saffah dilantik oleh penduduk Kufah sebagai Khalifah negara Islam.
  •  Penubuhannya dianggap sebagai suatu kemenangan iaitu selepas kejayaan menewaskan Khalifah Bani Ummaiyah yang terakhir iaitu Khalifah Marwan bin al-Hakam II bin Muhammad pada tahun 132 H.
  •  Kemenangan ini juga adalah kemenangan dalam merealisasikan idea yang dianjurkan oleh kalangan Bani Hasyim selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w agar jawatan khalifah diserahkan kepada keluarga Rasululah dan sanak sudaranya.
  •  Kerajaan ini berterusan dalam jangka masa yang agak panjang iaitu kira-kira 500 tahun. Kerajaan Abbasiyyah telah diterajui oleh 37 orangg khalifah yang kesemuanya daripada keturunan bapa saudara kepada Nabi iaitu al-‘Abbas bin ‘Abd Mutalib.
  • Pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah bermula pada tahun 132 H / 749 M seiring dengan runtuhnya pemerintahan Bani Ummaiyah.

ZAMAN KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ‘ABBASIYYAH

Kerajaan ‘Abbasiyyah mula mencapai tahap kegemilangannya ketika zaman pemerintahan khalifah Harun bin Muhammad bin ‘Abdullah (al-Rasyid), yang bermula sekitar tahun 170 hingga 193 H bersamaan 786 hingga 808 M. Antara faktor kegemilangannya ialah:
            
1.      Penterjemahan Ilmu Pengetahuan Secara Meluas

  • Oleh kerana tidak memiliki buku ilmiah yang lengkap, maka buku-buku dari bahasa asing diterjemahkan secara besar-besaran ke dalam bahasa Arab.
  • Kerja-kerja penterjemahan ini adalah penting dan dianggap sebagai sumber pemikiran Islam di samping al-Quran dan Hadis.
  • Untuk tujuan itu, mereka terlebih dahulu perlu mempelajari bahasa-bahasa asing sehingga lahirlah pera cerdik pandai yang mampu menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Parsi, Yunani, Hindu dan lain-lain.
  • Jabir bin Hayyan yang terkenal dalam kalingan masyarakat Eropah adalah salah seorang penterjemah Islam yang cekap dan bijak. Dia juga merupakan seorang ahli sains dan sasterawan terbilang di era kerajaan ‘Abbasiyyah.  
  • Aktiviti penterjemahan sampai ke kemuncaknya di era pemerintahan khalifah ‘Abdullah bin Harun bin Muhammad (al-Ma’mun). 
  • Ketika ini ditubuhkan sebuah akademi khas di Baghdad yang bertanggang jawab untuk tugas-tugas menterjemah buku-buku penting dari pelbagai bahasa ke bahasa Arab.         
  • Akademi ini diketuai oelh Yahya bin Masaweh, juga seorang yang bertanggang jawab menterjemah banyak buku perubatan untuk khalifah Harun al-Rashid.


2.      Kemajuan dalam Bidang Astronomi

  •       Khalifah al-Ma’mun telah membina pusat penyelidikan dalam bidang astronomi yang dilengkapi dengan peralatan yang agak sempurna dan lengkap di Baghdad.
  •       Tujuannya ialah untuk mengetahui pergerakkan bintang dilangit agar mereka dapat mengetahui musim dan pergerakan angin. Ini berbeza dengan ahli astronomi sebelum kedatangan Islam yang menggunakan ilmu astronomi untuk menilik nasib manusia.

 FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI ‘ABBASIYYAH


  •       Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah yang diasaskan oleh Abu ‘Abbas as-Saffah itu hanya sempat bertahan selama 508 tahun (5 kurun) iaitu pada tahun 750 hingga 1258 Masihi. 
  •       Namun dalam tempoh 400 tahun yang terakhir, pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah hanya tinggal pada nama sahaja.
  •       Keagungan dan kehebatan sebelumnya gagal dikembalikan semula. Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah menjadi lemah dan terus merosot.
  •       Akhirnya kerajaan ‘Abbasiyyah tumbang pada tahun 1258 Masihi apabila digempur oleh tentera Hulagu Khan.

a)      Kemerosotan Ekonomi

  •   Pada zaman awal pemerintahan Bani ‘Abbas, Kerajaan ‘Abbasiyyah merupakan sebuah kerajaan yang kaya. Dana yang masuk lebih besar dari yang keluar sehingga Bait al-Mal penuh dengan harta. Sumber pendapatan Kerajaan ‘Abbasiyyah adalah daripada hasil kutipan cukai wilayah dan pertanian.            
  •   Setelah banyak negara melepaskan diri, jumlah bayaran pajakan daripada wilayah-wilayah semakin berkurangan.
  •   Bagi meningkatkan pendapatan, pemerintah mengarahkan tentera memungut cukai secara paksa.
  •   Menurut Jurji Zaidan, pendapatan Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah menurun kerana para pengutip cukai memonopoli hasil cukai.
  •   Pertanian pula terganggu kerana lumpur menimbus sistem pengairan. Ini berikutan Sungai Nahrawan mengalami kerosakan besar akibat perang dan salurannya yang tidak dibaiki.
  •   Kemerosotan ekonomi Kerajaan ‘Abbasiyyah juga adalah disebabkan oleh berlakunya rusuhan rakyat sehingga menyebabkan para pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad.


b)      Munculnya Gerakan Pemberontakan


  •   Pada zaman al-Muthadi (869 Masihi), timbul pemberontakan daripada kaum Zanj di bawah pimpinan Ali bin Muhammad. Di Iraq, terdapat gerakan Syiah, Qaramitah yang di pimpin oleh Hamdan Qarmat pada tahun 874 Masihi. Gerakan ini berjuang untuk menjadikan wilayah mereka sebagai zon merdeka. Lanjutan daripada gerakan Qaramithah, timbul pula gerakan Hasyasyin di bawah pimpinan Hasan bin Sabbah.
  •   Mereka membunuh para pembesar negara yang menjadi musuh mereka seperti Perdana Menteri Kerajaan Bani Seljuk di Baghdad dan Nizamul Muluk. Sebelum berkuasa, Kerajaan Bani Buwaih juga melakukan pemberontakan ke atas pemerintahan Baghdad sehingga berjaya menguasainya.            
  •  Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah jatuh ke tangan tentera Mongol yang dipimpin oleh Hulagu Khan. Menurut Jurji Zaidan, sebelum Hulagu menyerang Baghdad, kedudukan dalaman Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah sedang mengalami zaman kemunduran akibat berlakunya pertentangan hebat di antara kumpulan Syiah dan Sunni.
  •   Golongan istana pada ketika itu menganut kepercayaan Sunni, manakala penasihat atau wazir kerajaan pada ketika itu iaitu Umayiduddin al-Aqami pula adalah seorang penganut Syiah. Sebab terjadinya tentangan di antara Syiah dan Sunni disebabkan oleh tindakan Al-Daudar dan Abu Bakar, yang merupakan putera khalifah pada ketika itu bertindak menghancurkan daerah Karkh yang menjadi tempat tinggal orang-orang Syiah.


Andalusia

Kerajaan Andalusia berlangsung selama 781 tahun bermula pada tahun 711-1492M.




Kedatangan Islam di Andalusia

Benua Afrika terutama Afrika Utara merupakan daerah yang penting dalam kedatangan Islam ke Andalusia dan juga penyebarannya ke Eropah. Para sejarawan bersepakat mengatakan bahawa kedatangan Islam ke Andalusia adalah disebabkan oleh Tariq ibn Ziyad yang telah memimpin pasukan tentera untuk menyeberangi lautan Gibraltar menuju ke sempadan Iberia. Kemenangan tentera Tariq ibn Ziyad telah membuka ruang untuk pasukan Islam terus menguasai Andalusia dan dapat meneruskan penguasaan ke Cordova dan Toledo. Sejak dari itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalusia dan bermulalah penguasaan Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik untuk mentadbir Andalusia.

Kecermelangan pemerintahan Islam di Andalusia 

Zaman kegemilangan Andalusia berlaku pada zaman Bani Umayyah. Kejayaan ini ketika pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil dan berterusan sehingga kira-kira 3 abad iaitu pada 756-1031M. Pemimpinnya Berjaya membentuk satu masyarakat yang dinamis dan harmonis dalam kepelbagaian latar belakang penduduknya. Pada zaman ini, pentadbiran diberi kuasa untuk mentadbir sendiri tanpa pengaruh dari anasir luar. Ini menyebabkan Andalusia muncul sebagai satu ketamadunan yang cukup membanggakan Timur dan Barat.
Antara sumbangan dalam pemerintahan Islam di Andalusia:
  • Masjid Cordova telah dibina dan berada di bawah penyeliaan pemerintahan Islam Andalusia Abdul Rahman I.
  •  Masyarakat diperkenalkan sistem pembelajaran yang komprehensif dalam semua bidang.
  • Pemerintah menaja pelajar-pelajar semua bidang ilmu yang boleh membina masyarakat.
  • Khalifah Abdul Rahman al-Ausat membina universiti dan memberi elaun kepada ulama-ulama.
  • Khalifah al-Hakam telah mendirikan perpustakaan dan membeli buku-buku rujukan.
  • Hampir seluruh Andalusia mempunyai pusat pengajian dan universiti antaranya di Seville, Toledo, Granada, Valencia dan Cordova yang muncul sebagai pusat intelektual yang terpenting di Eropah.
  • Khalifah memberi pengiktirafan kepada cedikiawan bukan Islam antaranya Moses bin Maimon dan Salomon bin Gabirol dari bangsa Yahudi (ahli falsafah dan penterjemah).


Kejatuhan pemerintahan Islam di Andalusia

  • Terdapat banyak faktor yang menyebakan kejatuhan Islam di Andalusia. Antaranya ialah:
  • Wujud sebuah kerajaan yang berpecah dan membentuk kepada banyak daerah dan terbentuk lebih daripada 20 kerajaan kecil.
  • Perselisihan dalam keluarga pemimpin yang berebut perwarisan takhta.
  • Usaha agresif Kristian untuk menakluk wilayah kaum Muslimin.
  • Ketiadaan sokongan dari pemerintah Islam di luar Andalusia.
  • Tiada mekanisme dalam mencari pengganti yang layak untuk meneruskan pemerintahan.
  • Tiada kesepakatan dalam mentadbir wilayah.




Kesannya, umat Islam dihina dan dihalau keluar dari Andalusia. Kaum Yahudi juga menerima nasib yang sama di mana tiada kuasa yang boleh melindungi mereka selepas kerajaan Islam menjadi lemah dan runtuh. Akhirnya, sebagai iktibar dari perkembangan sejarah Andalusia ini, selain perkembangan dalam industri dan pertanian ia jelas menunjukkan bahawa pemerintahan Islam telah mementingkan kemajuan intelektual dan keilmuan apabila banyaknya pusat keilmuan yang wujud pada zaman pemerintahannya. Jadi, untuk mewujudkan sebuah tamadun yang berjaya dan terus cemerlang, penguasaan ilmu pengetahuan amat penting kepada setiap masyarakat. Untuk mengekalkan sesuatu tamadun agar terus berkembang, kita perlu bijak dalam membuat keputusan dan bijak dalam memerintah pentadbiran dengan adil dan jujur.


Bani Umayyah


  •  Diasaskan oleh Muawiyah Bin Sufyan Bin Harb Bin Umaiyah
  •  Beliau dan keluarga memeluk islam ketika pembukaan Kota Mekah
  •  Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman Umar Bin Al-Khattab
  •  Beliau dipecat ketika Saidina Ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati
  •  Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim.
  •  Selepas Saidina Ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari Hassan Bin Ali, melalui beberapa syarat:
  • Muawiyah mesti memerintahberdasarkan Al-Quran dan Sunnah
  •  Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi Muhammad
  •  Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat menerusi mesyuarat atau Majlis Syura

SUMBANGAN


Ketenteraan
  Mengemaskini angkatan tentera dengan corak gerakan tentera parsi
Dibahagikan tentera kerajaan umaiyah kepada 5 pasukan:
   1. Pasukan tengah ( Qalbu Al-Jaisyu )
   2. Pasukan sayap kanan ( Al-Maimanah )
   3. Pasukan sayap kiri (Al-Maisarah )
   4. Pasukan hadapan  ( Al-Muqaddimah )
   5. Pasukan barisan belakang ( Saffah Al-Jaisyu )
  •  Angkatan perang yang ditubuhkan teratur dan dilengkapkan dengan peralatan perang moden.
  •  Angkatan tentera juga terdiri daripada pasukan berkuda, pasukan berkenderaan dan pasukan jalan kaki.
  •  Angkatan tentera dilatih untuk menghadapi perang di musim sejuk dan panas
  •  Pasukan tentera  laut ditubuhkan dengan teratur dengan membina 1700 kapal perang serta pengkalan tentera laut yang berpusat di Tanisa, Syria dan Iskandariah
  • Diwan al-jund ditubuhkan bagi mentadbir dan mengurus hal ehwal ketenteraan
Pendidikan 
  • Khalifah umawi amat mengambil berat perkembangan pendidikan
  • Khalifah abd. Malik bin Marwan dan umar bin abd. Aziz adalah juga tokoh ulamak dalam bidang al-quran, tafsir, hadis dan nahu
  • Kota basrah menjadi pusat penyebaran ilmu ketika itu
  • Bahasa arab adalah bahasa pengantar utama kerajaan umaiyah
  • Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja, masalah ilmu sejarah dan geografi telah mula dipelajari
  • Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat dijalankan pada zaman ini
Ekonomi 
  •  Bergantung kepada pertanian dan perdagangan
  •  Usaha kerajaan bagi meningkatkan ekonomi Negara dan rakyat:
    1. Membina saliran air
    2. Membina jalanraya
    3. Membina pelabuhan
    4. Mengemaskini pentadbiran rumah api
    5. Menjalankan penyelidikan pertanian
    6. Kapal perang khas dibina untuk mengawal laut dan membenteras lanun
    7. Perusahaan kraftangan seperti kiswah ka’abah, sutera dll
    8. Pentadbiran baitulmal dikemaskini bagi memantapkan kewangan Negara 
 Hasil Negara ketika itu terdiri daripada:-
    1. Kharaj
    2. Jizyah
    3. Zakat
    4. Usyur
    5. Fai’e
    6. Ghanimah


Faktor kegemilangan

  •  Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
  •  Penguasaan ilmu pengetahuan
  •  Ekonomi yang stabil
  •  Kekuatan tentera
  •  Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat
  •  Semangat jihad yang tinggi


Faktor kejatuhan kerajaan bani umaiyah
  • Pemerintah yang mengabaikan ajaran islam
  • Pemerintahan lalai dan tidak menjalankan tugas
  • Semangat kabilah dan pilih kasih
  • Rakyat tidak puas hati
  • Gerakan abbasiyah

Khulafa' Ar-Rasyidin




Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar dan lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:
Saidina Abu Bakar, 632-634 M
Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
Saidina Uthman Affan, 644-656 M
Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M


Saidina Abu Bakar As-Siddiq


Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah antaranya ialah golongan khawarij. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine. Beliau wafat pada tahun 634.


Saidina Umar Al-Khattab


Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 M. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Pada tahun 638, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.
Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam, seperti menubuhkan pentadbiran baharu di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera dan membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan pertanian dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Kota Basra dan Kufah juga dibina semasa pemerintahannya. Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah.


Saidina Uthman Bin Affan


Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644 M. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan angkatan tentera laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik dan urusan dagangan. Beliau juga berjaya menyalin semula ayat al-Quran dalam bentuk yang sempurna dan dikenali sebagai Mushaf Uthman.Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.Saidina Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.


Saidina Ali Bin Taib


Pada tahun 656 M, khalifah ketiga Islam iaitu Khalifah Uthman Affan wafat kerana dibunuh oleh pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan supaya Saidina Ali menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Namun selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya bersetuju menjadi khalifah. Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam, iaitu Perang Jamal ("Perang Unta") antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Saiditina Aisyah binti Abu Bakar. Dalam perang ini, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah telah terkorban. Perang Jamal berjaya dipadam oleh Khalifah Ali. Selepas tamat Perang Jamal, Khalifah Ali menghantar Saiditina Aisyah kembali ke Madinah sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua. Saidina Ali wafat pada tahun 661 Masihi akibat dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam ketika beliau dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat subuh.
Ciri-ciri kepimpinan Khulafa Ar-rasyidin



  •  Para khalifah mendapat didikan Rasulullah dan menjadi rujukan umat Islam selepas kewafatan baginda Rasulullah S.A.W.
  •  Sentiasa bertanggungjawab dan amanah dalam apa jua hal.
  •  Mereka merupakan pejuang yang berani dan tegas ketika menjalan tugas.
  •  Sentiasa tawaduk (kehidupan yang sederhana) dan rendah diri.
  •  Tegas menegakkan agama dan membangunkan negara.


Dasar Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin.


  •  Undang-undang dan perlembagaan negara berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah.
  •  Khalifah merupakan ketua negara.
  •  Khalifah mempunyai kuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli majlis syura dan ijtihad.
  •  Khalifah perlu bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah negara dengan adil dan saksama.
  •  Pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan.
  •  Rakyat wajib taat kepada pemimpim yang taat kepada syariat Allah dan rasulnya.
  •  Rakyat boleh menegur pemerintah melalui saluran yang betul.


Pembaharuan dalam sistem pentadbiran.


  •  Menubuhkan Majlis As-Syura
  •  Zaman Saidina Umar majlis As-Syura ditubuhkan khas untuk memilih khalfah
  •  Pandangan mereka dirujuk untuk melantik pegawai kerajaan.
  •  Ahli majlis syura: ahlul jillil wal aqdi iaitu mereka yang pandai menghurai dan membuat keputusan.
  •  Pentadbiran wilayah
  •  Mewujudkan jawatan gabenor wilayah
  •  Mewujudkan jawatan baru seperti Ketua setiausaha, setiausaha, polis, pegawai pemungut cuka, ketua hakim.
  •  Penubuhan Jabatan
  •  Dewan al-Jundi : Mengendalikan latihan anggota tentera
  •                               : Mengemaskini maklumat tentera
  •                               : Mengurus pembayaran gaji kepada anggota tetap.
  •                               : Mengurus perkara kebajikan anggota tentera.
  •  Dewan al-Kharaj : Memungut dan mengumpul hasil negara.
  •                                  : Menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk   membayar cukai.

Kesan Kepimpinan Khulafa Ar-rasyidin.
Corak kepimpinan- pemimpin negara merupakan ketua negara mendaulatkan syariat islam.
Sifat kepimpinan- pemimpin orang yang berakhlak dan berwawasan memajukan negara.
Ekonomi: dasar ekonomi yang adil mewujudkan kestabilan rakyat.
Sosial: perhatian kepada ilmu pengetahuan (akli dan nakli)
Rakyat dilayan sama rata
Kebajikan rakyat dijaga.




AHLI KUMPULAN



UNIVERSITY KUALA LUMPUR
BUSINESS SCHOOL


TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA (TITAS)
MPU3123


DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ MOHD FAHMI BIN SIRUN


DISEDIAKAN OLEH:


BIL
NAMA
NO. ID
1
ANIS AMIRA BINTI MOHAMAD BASIR
62213216328
2
KHAIRUN AZREEN BINTI KHIR AZIZAN
62213115237
3
NUR ATIQAH BINTI BAHARUDDIN
62213115370
4
NOR MEDELINA BINTI SAMSURIZAL
62213115120
5
NURRUL NABIELA BINTI MOHD
62213115377